Tuesday 22 October 2013

Pengalaman Mistik Ku Yang Pertama...

Assalamu'alaikum dan Salam Mesra..

Syukur segala pujian bagi Allah tuhan semester alam, di atas limpah kurnia-Nya, dpt lagi menulis blog yang tidak seberapa ini. Kali nie aku nak ceritakan pengalaman mistik aku yang pertama (terawal) dan mungkin seterusnya jika diberikan rezeki aku akan tulis pengalaman mistik aku yang lain.

Sehingat-hingat aku la, pengalaman mistik yang pertama aku lalui ketika aku form 1 atau umo 13thn. Nie pengalaman yang aku alami sendiri dan bukan aku dengar atau cilok dari mana2. Ketika itu aku telah bersekolah di sebuah asrama penuh dan aku ingat lagi pada ketika itu aku tengah bz siapkan tugasan Kajian Geografi Tempatan. 

Sebagai makluman, lampu bilik di asrama dikehendaki di tutup pada jam 10mlm kalo x silap. Jadi untuk pelajar2 yang nak study, mereka perlu study di bilik study khas yang ditetapkan. Aku ingat lagi bilik study tersebut di aras bawah dan berada di tgh2 barisan bilik bersebelahan tandas. (Skrg dah jadi dorm pelajar rasanya).

Jadi masa tu, tugasan ni perlu dibuat dengan tulisan tangan, (bkn mcm skrg, main taip je). So aku ni tulisan dah la buruk, senget lak tu. Jadi aku ni banyak la buat garis2 mcm kertas kajang di kertas A4 ni untuk pastikan tulisan aku ni lurus. So tugasan aku boleh dikatakan agak lmbt disiapkan berbanding kawan2 lain. Nak jadi cite..mlm tu kami ramai2 siapkan tugasan geografi yang diberikan. Sedar x sedar sedikit demi sedikit kwn2 aku dah mulai naik ke dorm masing2 untuk tido. Last2 tinggal aku sorg2. (Jeng..jeng..jeng)

Aku teruskan kerja2 yg patut disiapkan, mewarna, membuat corak agar nampak cantik, tu antara kriteria tambahan yang menjadikan tugasan anda tip top. Tiba2..aku terdengar anjing melolong sayup2 dari jauh. Aku budget dalam sekitar kawasan banguna sekolah. Aku masih buat dek dan teruskan kerja. Kemudian, lolongan anjing ni makin dekat pula rasa. Mcm di sebelahan gelanggang tenis lak. Ok..cuak juga. Tapi hati masih kering (actually dah lembab basah dah) so aku masih teruskan kerja. 

Auwwww...!!!!!! Terkejut kingkong aku, lolongan anjing tu betul2 sebelah tingkap bilik study yang aku guna. Maka dgn sepantas kilat/guruh/guntur dan petir, aku kemas brg2 yang berlari keluar. Rupanya hanya bilik study aku sahaja yang masih menyala dan lampu koridor pun ntah apa x kenanya mati juga so byg kan gelap asrama tu mcm blackout. 

Aku pun berlari naik ke dorm, dah la bilik tingkat paling atas lak tu. Elok2 sampai di koridor depan tangga menghadap Aspuri (Asrama Putri / Perempuan), aku diterpa oleh tiupan angin ke wajah dan pada masa yang sama aku mendengar seakan2 suara perempuan yang menjerit panjang...lalu hilang dibawa angin. Meremang bulu. Skrg tgh taip pun meremang gak bulu. Aku pun terus panjat katil, then tarik selimut berkelubung. Aku terus baca segala surah2 yang aku ingat dan keadaan tunggang-langgang sehinga tertido.

Tugasan aku x beberapa siap dan aku menjadi org last hantar sbb masa penghantaran pada jam 5ptg. Huhuhuhu..tu la cite aku, pengalaman yang pertama. Ada masa aku ceritakan lagi pengalaman yang lain. (Tidur jgn lupa syahadah dan baca doa ye..) Hahahahahaha....(ketawa dalam keadaan bergema)

No comments:

Post a Comment