Tuesday 22 October 2013

Pengalaman Mistik II

Assalamu'alaikum dan Salam Mesra.

Dah baca pengalaman aku yang pertama dulu? Jika belum rajin2 la jenguk2 ye. Alhamdulilah, segala pujian kepada Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Di sini aku cuba sambung pengalaman mistik aku yang aku ingat.

Aku merupakan anak seorang anggota tentera dan telah menjelajah byk tempat mengikut ayah-ibu berpindah. Dari kecil lagi kami sering diceritakan dengan kisah2 seram yang terjadi dalam kem2 askar. Tapi kali ni aku cerita pengalaman yang aku alami sendiri dan bukannya aku dengar atau baca.

Selepas bersara, family aku membuka Restoran Masakan Melayu Utara. Masa nie aku pun baru lepas PMR so mmg keja tolong family sepanjang masa. Syukur, kedai kami maju dan ramai pelanggan. Namun, adatlah..byk PHD (Perangai Hasad Dengki) maka kedai kami telah disihirkan atau diguna-guna. Mula2 kedai kami telah ditabur garam dan biji lada hitam. Kami just x ambil port dan sapu garam dan biji lada ni mcm biasa. Ayah aku siap bakar lagi kalo x silap. Then x lama pulak tu, tanah. Heran gak ada tanah yang mcm ditabur keliling kedai. Hasil scan org yang kami minta tolong, dikhabarkan itu tanah kubur. Jadi kami diminta membuat air Yasin + Kursi + 3 Qul lalu di simbah keliling kedai niat mencuci kedai dari perkara2 x elok.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ada aircond di tghari. X puas hati, si polan yang dengki ni menggunakan cara yang lebih tragis iaitu menggunakan air mandian mayat agar menghilangkan seri kedai. Yg bahayanya air ni x nmpk mcm dua brg2 sebelum ni, yela air...kalo dah siram mlm, esok pagi dah kering. Perkara ni mula dirasainya apabila pekerja kami sering mengantuk, bergaduh sesama sendiri, kemudian, pelanggan x ada selera. Penah ada yang masuk, belum sempat order dah kuar balik. Paling teruk kami berniaga byk lauk2 terpaksa dibuang (mak aku bkn jenis simpan lauk x abis lalu dijual esok) dan paling teruk hasil jualan kami x cecah RM20 pun sehari. Malah ada regular customer yang mendakwa kedai kami nampak macam tutup je. Setelah ditelaah, barulah kami tau puncanya iaitu air mandi mayat. Jadi nak cuci cari air 7 Masjid (Masjid ini mesti digunakan sebagai Solat Jumaat) dan paling cun kalo guna kolah bkn air tangki. 

Setelah itu, dibacakan surah Yasin 3x, ayatul Kursi (X tau beberapa kali) serta surah2 mana yang patut lalu di simbah keliling kedai, luar dan dalam. Ni bertujuan untuk mencuci dan sekaligus membuat 'pagar'. Maka, Alhamdulillah, kedai kami mulai pulih dan beransur2  maju. Namun ini baru permulaan, selepas itu kedai kami mula dihujani dengan pelbagai dugaan sehinga pernah sambal yang baru dimasak kelihatan berbuih macam basi. Nantikan seterusnya...

No comments:

Post a Comment