Thursday 26 May 2011

Kencing Berdarah vs Kelapa Bakar

Salam semua...

Gua baru je nak tulis balik blog sbb dalam 3,4 hari ni gua x sihat sbb kencing berdarah. Body pun lesu...mlm cepat mengantuk..Gua kencing berdarah pg Selasa...peh cuak seh...terus report kat mak gua. Pk gua kena batu karang. So pg tu juga gua gi hospital..sampai sana kena bg ubat then suruh dtg balik check hari Khamis sbb Rabu gua ada exam jabatan. Masa gi hospital x pulak sakit pinggang, balik baru sakit kat belah kiri ni.



Pg td gua merempit gi hospital. Biasa naik keta atau van jabatan...sekali boleh2 gua lak tertinggal. Alang2 nak isi minyak motor, gua rempit sampai hospital..Masuk sana kena X-Ray dan check darah..Sempat lg posing sebelum x-ray dalam bilik persalinan...

Lepas x-ray..doktor check takde lak batu karangnya. So suspect masalah punci kencing atau buah pinggang. Kena makan ubat pastu dlm 1minggu dtg balik check balik. Sempat gak borak dgn kakak nurse tu..dia suruh minum air kelapa atau air barli...So balik gua cadang nak pekena kelapa bakar yang berdekatan dgn tempat gua...selalu lalu tapi x penah pekena lak...

So petang tu gua cdg nak merempit la cari kelapa bakar, sekali Penolong Pengarah gua En. Othman pun nak join. Apa lg...tukar naik keta persona lak...Sempat terserempak awek kedai Kamdar la pulak..ala ada balak rupanya...hehehehehe...En Othman siap blur lg tnya knp awek tu asyik usha gua.. Gua buat bodo je kang x pasal2 balak dia jeles, bertumbuk lak dalam kedai kelapa...bkn kelapa bakar tapi jd bakar kepala lak.






Ok la..tapi maybe kami dah hentam mee rojak dgn kuah kacang so rasa muak lak...Gua lapar punya pasal sbb pg kena puasa nak x-ray, gua pekena puding kelapa lak...sedap dan segar... Dtg Sabah jgn lupa pekena kelapa bakar dan puding kelapa yek...

Dapur Rumah Ku

Salam semua...

Mak ayah aku baru je balik semula ke tempat dorg bertugas pg td..maka dgn rasminya dapur aku akan sunyi kembali...Aku ni kategori bkn guna dapur sgt. Maybe dulu keja swasta makan kat kedai dalam 3tahun, pastu keja kerajaan skrg ni mkn kat cookhouse lak...maka dapur rumah aku amat jarang digunakan.

Tapi kalo adik aku si angah dtg, meriah balik la dapur aku tu. Dia ni jenis balik ke rumah aku tiap2 hujung minggu..maka body pun makin membesar bagai johan...Gitu juga kalo mak aku dtg....hehehehehe...heaven seh...puas hati makan..air tangan mak katakan.

Dapur umah aku tu bkn tak lengkap...semua ada mcm org kawin beranak 3. Periuk belanga, pinggan mangkuk, rempah ratus, peti ais tentu2 la ada (cdg nak beli yg besar lg) dan microwave pun ada. Percaya atau tak..aku ada periuk nasi yg 7liter punya....sekali masak bole 50-70 org mkn..senang nak buat kenduri kendara..tong gas ada 2 tong...tapi masak punya la jarang..

Skrg dapur aku akan kembali sepi seketika...tapi esok angah balik, makan meriah la dapur aku tu sampai abis Cuti Keamatan 30-31 Mei 2011.

Thursday 19 May 2011

Remaja Akhir Zaman

Salam semua...

Hari ni di pejabat, aku sibuk2 kan diri di meja staf lain sehingga aku terjumpa senarai permohonan untuk masuk belajar bagi pelajar yang lepasan SPM baru2 ni. Peh..byk gak yang memohon walaupun skrg pengambilan pelajar di bawah kuasa UPU. Cuma pihak kami akan proses kalo calon2 UPU menolak tawaran daripada kami.

Jadi aku menggunakan kesempatan ini meneliti calon2 perempuan, mana lau tahu kot2 jumpa jodoh...tak pun teman cari gaduh. Ada la aku jumpa dlm 7,8 org calon perempuan..tu pun x habis belek semua permohonan. Tgk salinan pic kat IC leh tahan. Aku pun buka2 la salinan pencapaian SPM....Masya-Allah...Ada yg gagal agama! X silap aku ada 2 atau 3 org yang gagal selebihnya C dan sorg je B. Aduh..remaja akhir zaman rupanya. Kalo subjek lain aku konsider lagi...ni agama beb...ntah mcm org jahil dan x tahu agama lak rasa. Aku rasa bkn susah pun subjek agama Islam...benda2 pengetahuan yang patut sorg Muslim perlu tahu. Sejarah Baginda SAW, Haji, Adab dgn Manusia, Akidah, Riwayat Para Imam, Sembelihan, Akikah, Korban dan Perkahwinan serta Keluarga Islam...Tu antara yang aku ingat la...

Sempat lagi aku preview dgn rakan staf filem Biar Betul...Babak Yasin (selaku pencopet duit Apek) akan ditembak oleh Wahid (berlakon watak perompak). Si Perompak suruh si Pencopet mengucap sebelum ditembak...Maka si Pencopet lak tergagap2 x reti nak mengucap. Maka si Apek ni terpaksa mengajar si pencopet. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan lagu Raihan..Puji-pujian (ala..lirik yang syahadah tu). Begitu lah remaja kita skrg. Syahadah x tahu tapi lagu boleh lak hafal. Ni kalo tanya rukun solat, rukun wuduk, rukun haji atau rukun nikah tentu x leh jawab 100%.

Teringat gak masa kursus perkahwinan awal bulan itu hari, kena tanya rukun wuduk...x semua org tahu..sedih gak tgk remaja skrg. Moga2 generasi anak dan cucu2 aku x jahil mcm dorg la. Jadi kena la mula munasabah dan perbaiki diri dari skrg sebelum kawin ni...(tu pun kalo kawin).

Wednesday 18 May 2011

Kaki Wayang

Salam semua...

Baru2 ni aku ada layan 2 wayang terkini yang sedang hangat main di panggung iaitu Thor dan Kongsi-Lu Lansi Lu Mati. Tu baru intro demam wayang akan melanda. Pasni Transformers lak, Pirates of Caribbeans dan filem melayu yang di jangka hits...Nur Kasih The Movie.

Berbalik kpd dua movies yang aku dah layan ni. Thor so far aku bg 4 dari 5 bintang. Hero yg gagah dan hensem, efek yang best cuma jalan cite agak 'down' sikit di tgh2. Aksi mmg best, babak berlawan pun best cuma babak last tu kureng sikit. Selain itu, aku baru tersedar dlm Thor ada unsur2 freemason. Ciri2 yang ketara bapa Thor guna mata kiri, pastu tukul yang digunakan (sama dgn simbol tukul utk lantikan ahli baru / penganugerahan) dan kiub kuasa yang menjadi rebutan ada simbol mata satu. Secara halus kita disogokkan tanpa disedari. So kesimpulan Thor jadi -3 (negatif 3) daripada 5 bintang sbb ada unsur freemason sepertimana aku sebutkan tadi.

Cite Kongsi - Lu Lansi Lu Mati lak aku bg 3.5 daripada 5 bintang. So far aksi pertarungan yang byk meningkat x mcm pertarungan org yang x cukup pengalaman je. Pastu cite yang agak baik, lawak yang menjadi cuma pada pandangan aku jalan cite agak kelam kabut. Maybe sbb terlalu byk benda yang ingin diceritakan atau dipaparkan dalam movie ni. Babak paling aku x beberapa gemar, babak Wawa (x ingat nama dia tapi dia berlakon dalam Adnan Sempit sbg Wawa) di Pertaling Street. Mcm permakaian dia x sesuai. Agak ketat hingga aku rasanya seksi nampak shape body tetapi x sesuai untuk mood lasak sebagai anggota polis. Lain2 agak bagus.

Babak paling aku rasa best time abg polis guna keta Waja langgar keta Temuluk dalam usaha memberkas. Betul2 langgar x agak2 buat..teknik utk rosakkan keta agar penjahat x dpt lari. Non-stop hit sampai keta Temuluk x leh gerak dan terperangkap..respek la pemandu keta Waja tersebut. Dalam movie ni gak ada tunjuk 3 kongsi gelap (atau kumpulan bawah tanah) yang mewakili Melayu, Cina dan India. Mcm2 benda terjadi dan lucu. In the End semua kena saling bekerjasama dan tolong menolong.

Tu rasanya cite yang leh ku tulis. Nanti aku komen2 lagi mana filem yang aku dah layan... Support filem negara kita...Majulah duit gaji demi filem...Kaki wayang adios...!!!!!

Tuesday 17 May 2011

Kaset Cinta

Salam semua...

Korg penah x dgr 'kaset cinta'? Istilah ni aku buat sndiri sbb aku penah miliki kaset ini (rembat org punya). Meh aku citekan apa dia kaset cinta nie.. Dulu2 zaman remaja layan jiwang guna kaset dan laki berjalan (walkman) x mcm skrg guna hp, ipod dan mp3.

Kaset cinta nie kaset pakwe / makwe yang bg. Rakam ucapan2 indah dan pilih lagu2 yg jiwang dan hit pada zaman itu. Zaman ni aku boleh katakan zaman rock leleh sbb lagu semua tangkap lelah airmata dan mendayu2 mcm Scoin, Spoon, Spring, Slam, Ukays Data, dan sebagainya.

Kaset tu biasa kaset kosong (harga RM3-5) kalo kat tmpt aku. Pastu rakam guna kaedah radio atau doubling. Tu belum lagi cite tggu depan radio (Layan Radio Muzik masa tu..Segmen Pilihan Bersama) dgr lagu yg best pastu tekan record. Baru la nama chenta punya pasal. Kdg2 berhari2 juga nak bg siap kaset cinta ni.

Kaset cinta yg aku miliki ni lak kaset ntah sapa ntah yang ditinggalkan kat blok lelaki kolej aku dulu. Best siut layan..kena lak aku dulu travel dari melaka ke kampung di utara, so kaset ni la peneman memandangkan kdg2 line radio x clear. Tgkp hanyut bila suara awek dlm kaset tu ucapkan kata2 rindu, sayang dan cinta.

Kaset ni aku tinggalkan / abaikan masa aku couple dgn awek perak. Lagipun masa tu walkman aku pun rosak...zaman lelaki disk (Discman) lak melanda. Mana mampu nak beli, mahal tu. Aku teringatkan kaset ni bila aku layang jiwang malam2 gini. Teringat lagu2 sezaman masa tu yg best gak dilayan terutama tengah solo atau diamuk rindu. Kadang2 aku berharap ada awek yg sudi bg aku kaset cinta pada aku...dan sesungguhnya jauh di sudut hati aku berharap jadi realiti.

So tu je la, kisah kaset cinta ni...nanti aku akan menulis cite lain lak.