Saturday 12 October 2013

Aku Seorang Pengembara : Edisi Aidil Adha

Assalamu'alaikum dan Salam Mesra.

Agak lama juga gua tidak meng'update' blog ni memandangkan gua agak M.A.L.A.S. Bkn takde benda nak cite, tapi takde mood nak bercerita. Tapi kali ni gua akan cuma luangkan masa untuk memperbanyakkan cerita pengalaman pahit manis yang pernah gua lalui untuk dikongsikan pada sesiapa yang berminat.

Untuk makluman semua, tanggal 10 Ogos 2013 gua telah selamat di'pengantinbaru'kan. Dalam erti kata lain telah selamat melangsungkan perkahwinan. Agak special juga sbb tarikh ni merupakan tarikh ulangtahun kelahiran gua merangkap Hari Raya Aidil Fitri ke-3. Kira semua 3 in 1 la.. Mcm kopi pracampuran la pulak.

Ok, berbalik pada tajuk entri pada kali ini, ia mengisahkan camna gua travel demi berjumpa Pn. Isteri yang nun jauh di Indera Kayangan. Jauh tu dari Sabah ke Perlis. Jalan kaki 3bln belum tentu sampai.. (Yela kena berenang dan merangkak bagai).

Al-kisahnya pada awal rancangan nak sambut Hari Raya Aidil Adha ni kat perantauan mcm tahun2 sebelum. Namun, Pn. Isteri merengek suruh balik memandangkan perut tak selesa..(Jeng..jeng..jeng). So gua plan nak balik ketika cuti Awal Muharram. Tup-tup tempat keja ada event la pula pada 07 November nie.. So memandangkan gua terlibat secara langsung so susah sikit nak gerak ke mana2. Gua pun buka la website Tambang Murah milik sahabat gua Tony. (Gua kenal dia tapi dia belum tentu kenal gua). Alih2 ada lak tambang murah. So dalam tempoh kurang 20 jam gua perlu plan untuk pulang ketemu Pn. Isteri.. Jadi journey pun bermula.

11 Okt 2013 ~ Jam 7mlm gua dah gerak ke airport walapun flight jam 10.15mlm utk elak jem roti yang bertebaran di jalan2 raya. Lepas Maghrib, gua dihantar oleh En.Oth ke airport. (Tq bro..Jasa mu ku kenang sokmo. Gua berdoa kalo gua kaya dgn duit botingkek gua belanja lu melancong). Sebelum tu melantak dulu kat McD sbb kan lapar lak dalam filght. Flight delay memandangkan cuaca tak cun malam tu. So tentu2 gua sampai LCCT pun dah pagi2 buta.

12 Okt 2013 ~ Sampai kat LCCT dah jam 1.40mlm. Peh..tetap ramai umat manusia di LCCT ni. Pakat2 lepak dan x kurangnya tido. Masuk ni dah 2x gua tido LCCT dan ada 3,4x tido kat KLIA. KLIA pada gua ok sikit dan sejuk. LCCT pula agak panas dan ramai manusia. So gua pun lepak kat Asian Kicthen (Kalo x silap) sambil2 layan note 8.0.

Jam 4pg bateri note 8.0 pun dah nak abis. Gua pun melilau cari port nak cas..last2 gua tumpang dgn Mamat Pakistan yang tgh cas hp depan Money Changer. So kalo korang nak tumpang2 cas, kena lah bawa extension socket so org x kedekut punya la nak share. Sempat gak sembang2 walaupun mcm ayam dgn itik. Dia dalam perjalanan nak ke Sabah jumpa brother dia. (Jgn ko minta IC jadi penduduk tetap dah la).

Jam 6pg gua terus melayan blues tgk org. Boleh lak jumpa bekas student yang sambung belajar kat Shah Alam. Dia otw nak balik Tawau, Sabah. Sembang basa-basi sikit then masing2 minta diri. Jam 6.30pg, gua pun boarding untuk terbang ke Penang : Pulau Mutiara flight jam 7.10pg. Mata dah la mengantuk, semalamam x tido. Naik flight lak x leh tido sbb asyik bergegar je sbb cuaca tak cun. Cubaan.. Dulu bole selamber wa wa je gua tido, skrg semenjak ada Pn. Isteri ni cepat lak cuak dok teringat org tersayang.

Jam 8.10pagi sampai Penang. Then naik bas Rapid Penang CityBus No 102 untuk ke Terminal Bas Sg. Nibong. Kalo x silap bas 303 pun ke sana juga Tambang RM1.40. Elok2 naik je bas hujan turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah..Rahmat Tuhan untuk sekalian alam.. Sampai je terminal, terus cari bas PLUSLINER. Walaupun di sapa mesra oleh brader2 tiket, tapi gua tau hanya Plusliner shj yg jual tiket ke utara..Dari pengamatan gua, brader2 tiket nie bkn spesis Ulat Tiket yang dah terancam tu. Dorg cuma tolong bawa korg ke kuanter yang sesuai dgn destinasi korg nak tuju. Maybe dorg dpt komisien di sana. Tapi bgs ada yg jenis ringan mulut dan tulang. Siap tolong angkat brg lagi. Tapi kalo jantan mcm gua nie tentu2 dorg offer2 ayam je la kot.

Sebenarnya gua dah beli online tiket bas nie.. Cuma shj gatal2 nak tanya kot2 ada yg lebih awal dari jam 2.30ptg. (Dasar jantan gelojoh..Hahahaha gelak pada diri sendiri). Bkn apa, at least dpt gak gua tido2 dlm bas ni nanti..Penat weh travel jauh2. Tup2 bas  yg ada jam 7.30mlm, so gua kekalkan dgn jam 2.30ptg. Untuk makluman kalo nak awal jam 10pg, pastu jam 2.30ptg dan last 7.30mlm. Masa perjalanan ke Perlis dalam 4.5jam melalui Butterworth, Alor Setar, Jitra, Changlun, Arau / Kuala Perlis.

Sebelum bertolak, usha juga kalo ada Budget Hotel yang sewa jam sbb nak tido dan mandi.. Hampeh takde lak. Kalo kena sewa 1hari adalah. Tak berbaloi2. Pastu kuanter tempat simpan beg pun takde. Harap Majlis Perbandaran Pulau Pinang boleh buat sesuatu pasal kuanter ni. So gua usung la beg gua ke sana sini mcm Son Gaku training membawa cengkerang di blkg. Gua sarapan di terminal teksi di tepi Terminal Bas Sg. Nibong. Best gak tgk karenah pemanda2 teksi yang kelakar dan jenis gurau kasar. Kalo x tahan, sure mkn hati dan kaki. Hehehehe...

Jam 10.30pagi gua gerak ke Bukit Jambul Complex (BJ). Naik bas tambang RM 1.40~2.00 ikut bas pusing kat mana. So jalan2 dan beli sandal baru serta beg tgn baru. Dalam takde duit beli juga sbb sandal Dr. Cardin gua dah mkn kaki. Pecah2 tapak kaki gua mcm melecet. Pastu basah lak dek hujan yang turun. So beli sandal Lee Cooper. Bkn sbb jenama tapi tu je yg ada saiz. Nak beli selipar jepun kang, buatnya terputus tgh jalan, cipta rekod gua balik Perlis berkaki ayam.Beg tgn ni gua buat isi note pun dah basah. walaupun air x masuk ke dalam tapi x selesa gak sandang beg basah2. Beg laptop gua mmg jenis tahan air. Campak ke laut pun akan lmbat serap air.

Jam 12.30tgh balik ke terminal. Lepak2 jap sambil cas hp. Jam 2ptg beli pau buat bekal dan majalah mastika serta infiniti buat teman. Jam 2.30ptg naik bas dan bergerak ke Perlis. Jam 7mlm baru sampai dan dijemput oleh Pn. Isteri. Jam 7.30mlm baru sampai rumah. Lengkap 24jam gua travel merentasi Sabah ke Perlis..


No comments:

Post a Comment