Wednesday 18 May 2011

Kaki Wayang

Salam semua...

Baru2 ni aku ada layan 2 wayang terkini yang sedang hangat main di panggung iaitu Thor dan Kongsi-Lu Lansi Lu Mati. Tu baru intro demam wayang akan melanda. Pasni Transformers lak, Pirates of Caribbeans dan filem melayu yang di jangka hits...Nur Kasih The Movie.

Berbalik kpd dua movies yang aku dah layan ni. Thor so far aku bg 4 dari 5 bintang. Hero yg gagah dan hensem, efek yang best cuma jalan cite agak 'down' sikit di tgh2. Aksi mmg best, babak berlawan pun best cuma babak last tu kureng sikit. Selain itu, aku baru tersedar dlm Thor ada unsur2 freemason. Ciri2 yang ketara bapa Thor guna mata kiri, pastu tukul yang digunakan (sama dgn simbol tukul utk lantikan ahli baru / penganugerahan) dan kiub kuasa yang menjadi rebutan ada simbol mata satu. Secara halus kita disogokkan tanpa disedari. So kesimpulan Thor jadi -3 (negatif 3) daripada 5 bintang sbb ada unsur freemason sepertimana aku sebutkan tadi.

Cite Kongsi - Lu Lansi Lu Mati lak aku bg 3.5 daripada 5 bintang. So far aksi pertarungan yang byk meningkat x mcm pertarungan org yang x cukup pengalaman je. Pastu cite yang agak baik, lawak yang menjadi cuma pada pandangan aku jalan cite agak kelam kabut. Maybe sbb terlalu byk benda yang ingin diceritakan atau dipaparkan dalam movie ni. Babak paling aku x beberapa gemar, babak Wawa (x ingat nama dia tapi dia berlakon dalam Adnan Sempit sbg Wawa) di Pertaling Street. Mcm permakaian dia x sesuai. Agak ketat hingga aku rasanya seksi nampak shape body tetapi x sesuai untuk mood lasak sebagai anggota polis. Lain2 agak bagus.

Babak paling aku rasa best time abg polis guna keta Waja langgar keta Temuluk dalam usaha memberkas. Betul2 langgar x agak2 buat..teknik utk rosakkan keta agar penjahat x dpt lari. Non-stop hit sampai keta Temuluk x leh gerak dan terperangkap..respek la pemandu keta Waja tersebut. Dalam movie ni gak ada tunjuk 3 kongsi gelap (atau kumpulan bawah tanah) yang mewakili Melayu, Cina dan India. Mcm2 benda terjadi dan lucu. In the End semua kena saling bekerjasama dan tolong menolong.

Tu rasanya cite yang leh ku tulis. Nanti aku komen2 lagi mana filem yang aku dah layan... Support filem negara kita...Majulah duit gaji demi filem...Kaki wayang adios...!!!!!

No comments:

Post a Comment